Pendidikan Khas

Masalah Pembelajaran (Pendidikan Khas)

Posted on: Mei 14, 2012

DEFINISI DISLEKSIA


 

Seperti yang telah diketahui umum, istilah disleksia berasal daripada dua perkataan latin dan greek, iaitu “dys” yang membawa maksud “kesukaran” dan  “lexis” yang bererti “perkataan”. Terjemahannya bermaksud kesukaran dengan perkataan bertulis.Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman serta perhubungan antara bunyi-bunyian dan huruf-huruf. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pandangan dan pendapat penulis serta pengkaji yang memberi takrifan tentang disleksia. Chong Lean Keow (2009:158), dalam bukunya “pengurusan bilik darjah dan tingkah laku” mendefinisikan “ disleksia” sebagai kesukaran mengunakan perkataan yang dihadapi oleh murid yang mengalami kecelaruan bahasa. Berbagai interpretasi dan definisi yang diberikan terhadap disleksia, namun begitu semuanya membawa kepada kelemahan atau kesukaran membaca yang di alami oleh kanak-kanak. Menurut Sanders dan Myers ( 1996), kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis, dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbol-simbol, seperti not muzik atau simbol matematik. The Orton Dyslexia Society’s (1994) telah mendefinisikan disleksia sebagai ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaraan. Masalah ini adalah disebabkan oleh kesukaran untuk menggambarkan atau mentafsirkan satu kod ayat yang selalunya menunjukkan ketidakupayaan pemprosesan tentang bunyi bahasa. Kesukaran-kesukaran dalam mentafsir satu kod ayat adalah selalunya tidak dijangkakan bersangkutan dengan umur dan kebolehan akademik. Terdapat pelbagai kesukaran untuk menggambarkan atau mentafsirkan satu kod ayat adalah selalunya tidak dijangkakan bersangkutan dengan umur dan kelebihan akademik. Terdapat pelbagai kesukaran yang ditunjukkan oleh disleksia. Antaranya adalah seperti bentuk bahasa, masalah membaca, dan masalah menulis dan mengeja. Selain itu , terdapat usaha-usaha untuk mendefinisikan murid bermasalah spesifik (disleksia) berasaskan kepada penemuan teori-teori iaitu:

  • Teori kepincangan (discrepency) – teori ini menyatakan bahawa “terdapat murid-murid yang mempunyai kepintaran yang normal tetapi gagal mencapai prestasi  yang memuaskan dalam pembelajaraan mereka”.Hammond dan Hughes ( 1996) menyatakan terdapat perbezaan yang ketara antara pencapaian murid bermasalah belajar spesifik dalam bidang-bidang tertentu jika dibandingkan dengan bidang-bidang yang lain. Spafford dan Grosser ( 1996), telah menggunakan teori kepincangan untuk mentakrifkan disleksia iaitu:

“……….an ability to read which is inoppropriate to the individual’s level of general intelligence….”

(bermaksud : ketidakbolehan membaca yang tidak selaras dengan kecerdasan umum seseorang individu)

  • Teori Pengasingan – menurut teori ini, murid tidak boleh diketegorikan sebagai masalah belajar yang spesifik jika punca masalah belajar murid tersebut terlalu berat (hammod & Huhges 1996). Persatuan antarabangsa disleksia telah menggunakan teori pengasingan dalam mentakrifkan murid disleksia iaitu:
  1. Tidak mempunyai kelemahan intelektual.
  2. Bukannya murid yang malas.
  3. Tidak mengalami masalah penglihatan atau pendengaran.
  4. Tidak menghadapi masalah ekonomi yang teruk.
  5. Telah menerima pengajaran yang memuaskan.

Kajian mengenai disleksia telah lama dijalankan semenjak abad ke –sembilan belas lagi. Pada awalnya perkataan disleksia tidak digunakan dan hanya dikenali dengan nama “Word blindness”. Sesetengahnya melabelkan murid yang mempunyai kesukaran ini sebagai “Buta Huruf” (word blindness) (morgan, 1896). Manakala perkataan disleksia telah diperkenalkan oleh professor Rudolf berlin seorang pakar perubatan dan ophtalmotologist pada tahun 1887 (hammond & hughes 1996). Dari segi sejarah , konsep sebenar disleksia dipercayai sangat berkaitan dengan bidang neurologi dan psikolinguistik yang dikatakan adalah dari kumpulan asphsia ( Richardson, 1992). Menurut Miles dan Miles ( 1999) menyatakan bahawa Adolf Kussmaul, seorang ahli Fizik jerman pada tahun 1878 telah memperkenalkan konsep word deafness dan word blindness. Dalam kajiannya, beliau menyatakan fungsi otak seseorang baik tetapi kewujudan  “ a Complete text-blindness” walaupun kuasa penglihatan, intelek dan pertuturan tidak rosak. Beliau mentakrifkan sebagai buta huruf kepada mereka yang mempunyai penglihatan yang normal tetapi kehilangan keupayaan mengenal perkataan bertulis. Pesakit yang mengalami word deafness pada masa yang sama mempunyai kebolehan melahirkan atau berkata –kata dalam perkataan, tetapi banyak menggunakan perkataan yang salah makna. Mereka yang word blindness boleh melihat dan bertutur. Mereka juga boleh menyalin sesuatu perkataan dengan betul dan tepat tetapi tidak memahami perkataan yang dibaca sehinggalah dipertuturkan oleh orang lain.

CIRI-CIRI  KANAK-KANAK DISLEKSIA

Kehadiran murid disleksia biasanya tidak disedari oleh guru sekiranya guru tidak mempunyai pengetahuan mengenai ciri-ciri disleksia. Ott (1997) menyenaraikan ciri-ciri kanak-kanak disleksia seperti yang berikut:

I.            Umum  – Perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat, kemahiran mengeja yang lemah, kemahiran membaca yang lemah, keliru dengan perkataan yang hampir serupa, sukar mengikut arahan, sukar menyalin dan sukar menggunakan jalan yang berliku-liku.

II.            Pengamatan dan tingkah laku – keliru dengan konsep arah, keliru dalam konsep masa, kerap terasa tertekan, keliru memakai kasut pada kaki yang betul dan konsep kendiri yang rendah.

III.            Kecelaruan pandangan dan penglihatan – mengeja dengan tidak konsisten, sering meninggalkan huruf pada pangkal perkataan , masalah dalam susunan huruf, sukar memahami perkataan, daya ingatan yang lemah dan sukar membayangkan perkataan.

IV.            Kemahiran motor – koordinasi yang lemah, pergerakan pergelangan tangan yang luar biasa, lambat menulis, tulisan yang buruk, sukar memegang pensel dengan betul, sukar menggunting, sukar mengimbangkan badan, sukar menyepak dengan baik dan sukar menaiki tangga dengan betul.

Ciri-ciri murid disleksia yang lain selain yang dinyatakan oleh OTT diatas dapat dilihat dari segi fizikal, kecerdasan , emosi dan sosial.

  1. Fizikal – dari segi fizikal , kanak-kanak disleksia tidak mengalami sebarang kecacatan lain kecuali maslah mata. Mata kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbas huruf, kata, dan ayat yang berlainan dan ini mengakibatkan banyak yang tertinggal ataupun dilangkau. Keadaan ini menyebabkan tumpuan dan pemahaman kanak-kanak ini lemah dalam aspek bacaan yang seterusnya menjadikan mereka tidak memahami apa yang sedang dibaca.
  2. Kecerdasan – Tahap kecerdasan mereka juga pada tahap normal. Kebanyakan kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf (b) dan (d) serta perkataan yang hampir serupa ejaannya. Walau bagaimanapun , kanak-kanak disleksia berbakat dan berkebolehan seperti kreatif, berfikiran lateral, berimaginatif, memiliki hubungan ruang ( spatial relationship), dan pandai membuat visualisasi.
  3. Emosi – menurut Dr. Samuel Orton, pada peringkat prasekolah , majoriti kanak-kanak diskelsia masih lagi ceria dan dapat menyesuaikan diri dengan baik. Masalah emosi hanya mula wujud apabila arahan-arahan dan bimbingan awal membaca oleh guru tidak selaras dengan gaya pembelajaraan mereka. Ibu bapa lazimnya tidak menyangka sebarang masalah dan menganggap anak mereka bijak mendesaknya supaya berusaha lebih gigih. Akan tetapi anak mereka bijak dan mendesaknya supaya berusaha lebih gigih. Akan tetapi anak mereka gagal memenuhi hasrat ibu bapa atau guru. Akibatnya, kanak-kanak masalah pembelajaran ini akan hilang keyakinan diri dan sedar mereka tidak berkeupayaan sama sekali kerana sering dimarahi. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila kanak-kanak ini melangkah kaki ke alam persekolahan. Tekanan emosi yang diterima boleh menyebabkan mereka putus asa kerana gagal memahami pengajaran guru. Akhirnya, anak ini sering marah dan kecewa terhadap diri sendiri, ibu bapa, gurunya dan seluruh sistem persekolahan yang menjurus kepada masalah disiplin.
  4. Sosial – kita , terutamanya ibu bapa dan guru-guru sedar bahawa masalah sosial juga merupakan salah satu kesan daripada disleksia. Menurut selikowits (1993), dalam kebanyakan kes, kanak-kanak disleksia menghadapi masalah sosial dan emosi kerana mereka tidak dapat mengikuti pelajaraan akademik dengan baik. Bagi kanak-kanak normal, pembelajaraan tingkah laku sosial diperolehi melalui pemerhatian ke atas orang di sekeliling mereka. Berbeza dengan kanak-kanak disleksia, yang sesetengahnya tidak menyedari tingkah laku dan tutur kata mereka tidak senormal kanak-kanak sebaya mereka. Akibatnya, timbul situasi yang kurang menyenangkan kerana mereka tidak dapat mengesan bahawa sebenarnya seseorang sedang marah atau tersinggung terhadap tingkah laku dan tutur kata mereka yang negetif. Ini menyebabkan mereka sering tersisih apabila berada di dalam majlis tertentu. Masalah sosial yang lain enggan ke sekolah, mengelak daripada membuat kerja rumah, ketangihan televisyen , menipu, agresif dan mudah putus asa.

KESAN DISLEKSIA TERHADAP PEMBELAJARAAN.

Payne dan Turner (1999) telah mengariskan kesan utama dan sampingan dislekasia terhadap kebolehan murid untuk belajar. Kesan – kesan utama disleksia terhadap pembelajaraan ialah seperti berikut:

  1. Membaca – kebolehan membaca adalah penting bagi membolehkan murid mempelajari apa yang tersenarai di dalam kurikulum sekolah. Kesukaran membaca menyebabkan murid tidak dapat belajar sendiri. Murid rasa rendah diri dan tidak berkenyakinan tentang kebolehan diri.
  2. Mengeja – pada jangka panjang, kebolehan mengeja akan memberi kesan yang lebih negetif daripada kelemahan membaca. Kelemahan mengeja akan menghadkan kebolahan murid untuk menyampaikan pengetahuan yang telah dipelajari di dalam kelas . kelemahan ini juga akan menyebabkan murid sentiasa mendapat markah yang rendah dalam ujian dan peperiksaan.
  3. Menulis – masalah utama adalah perbezaan antara kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuannya secara lisan dan bertulis. Kesukaran –kesukaran yang dihadapi oleh murid disleksia akan memberi kesan yang negetif terhadap penguasaan kemahiran menulis tersebut.
  4. Tulisan – tiga aspek tulisan perlu di ambil kira iaitu boleh dibaca, kepantasan menulis dan kematangan tulisan. Kelemahan di mana-mana dalam ketiga- tiga aspek ini boleh memberi kesan negetif kepada kebolehan murid untuk belajar. Murid yang menghadapi masalah ini dipanggil “dysgraphia”.
  5. Nombor – kesukaran yang dihadapi di dalam numerasi adalah serupa seperti kesan yang di alami di dalam literasi. Murid menghadapi masalah untuk membaca teks, menulis bentuk digit dan menulis digit bagi sesuatu nilai nombor. Mereka sukar mengenali nombor dari segi teks, menulis bentuk digit dan menulis nagi sesuatu nilai nombor. Murid menghadapi kesukaran yang amat sangat dengan nombor dikenali sebagai “dyscaculia”.

Kesan sampingan yang dihadapi oleh murid disleksia terhadap kebolehan murid untuk belajar menurut Payne dan Turner (1999) ialah seperti berikut:

  1. Pengurusan – kesukaran mengurus masa, ruang, dan susun atur. Contohnya, murid tidak membawa alatan ke sekolah mengikut jadual waktu sekolah atau tidak menghantar tugasan sekolah pada masa yang ditetapkan.
  2. Penumpuan – penumpuan merupakan satu lagi kesukaran yang merentasi kurikulum yang boleh menjejaskan kemajuan murid dengan teruk.
  3. Bahasa – kebiasaannya murid mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengetahuan menggunakan perkataan , kesukaran menamakan benda, kesukaran untuk mengingat suku kata ( syllables) bagi perkataan – perkataan yang panjang. Ia juga dikenali sebagai kecacatan tersembunyi dan kesan negetifnya juga merentasi kurikulum.
  4. Ingatan – kesukaran ini menjadi asas kepada kesukaran-kesukaran yang lain. Ianya menjadi punca kepada kesukaran menulis selain daripada mengingati hari-hari dalam  seminggu atau membawa perkakas senaman pada hari yang ada pendidikan jasmani.
  5. Emosi / tingkahlaku – pencapaian prestasi yang rendah akan menyebabkan murid merasa rendah diri dan kecewa. Ini boleh mengakibatkan masalah tingkah laku, diikuti dengan pencapaian akademik rendah. Kesannya ialah masalah tingkah laku yang lebih teruk, diikuti dengan pencapaian akademik yang rendah dan seterusnya. Selain itu, masalah tingkah laku/emosi akan menyebabkan murid menghadapi masalah sosial seperti tidak boleh berinteraksi dengan rakan sebaya.

IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAAN TERHADAP PEMBELAJARAAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS ( DISLEKSIA)

Teori pembelajaraan bukan sahaja sesuai untuk pelajar aliran perdana, tetapi juga boleh diaplikasi dalam pembelajaraan pelajar berkeperluan khas (disleksia). Pelajar disleksia mendapat peluang pendidikan yang sama, sebagaimana di sekolah khas ataupun di sekolah biasa program integrasi. Setiap kategori pelajar berkeperluan khas mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Pembelajaraan pelajar berkeperluan khas juga perlu disediakan dalam bentuk yang dipermudah dan disesuaikan. Namun, rata-rata pelajar belajar melalui latih tubi, peneguhan, peniruan dan modeling. Setiap aktiviti pembelajaraan perlu diubah dan disesuaikan dengan keperluan pelajar. Untuk pelajar disleksia, sesuai di aplikasikan teori pembelajaraan seperti:

TEORI BEHAVIORISME

Aplikasi teori bahaviorisme, khususnya pelaziman operan dapat dimanfaatkan untuk membentuk tingkah laku, mengubah tingkah laku dan mempelajari sesuatu yang baharu. Pelajar berkeperluan khas mempamerkan karenah dan tingkah laku yang berbeza memandangkan masalah mereka berbeza. Guru boleh membentuk dan mengubah tingkah laku dengan menggunakan teknik peneguhan, analisis tugasan, dan teknik modifikasi tingkah laku yang berasaskan pelaziman operan.

  • Banyakkan pengulangan , latihan dan latih tubi
  • Beri peneguhan dalam bentuk hadiah, verbal, pujian atau ganjaran lain yang akan mengukuhkan tingkah laku. Mengukuhkan pertalian antara rangsangan  dan gerak balas pelajar dengan membanyakkan latihan, ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan dalam keadaan yang meyenorokkan.
  • Tetapkan matlamat yang realistik untuk membentuk tingkah laku.
  • Buat analisis untuk mencapai matlamat. Pecahkan kepada langkah-langkah kecil dengan objektif yang spesifik.
  • Aplikasi teknik modifikasi tingkah laku-token, kontrak, dendaan, withdrawal dan pengasingan untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.
  • Memberi peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan pembelajaraan mereka.
  • Kadangkala, peneguhan negetif pula sesuai digunakan untuk mendapat tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian masa rehat jika murid tidak mematuhi peraturan atau disiplin bilik darjah.

TEORI HUMANISME

Pelajar disleksia mempunyai keperluan yang berbeza. Melayani keperluan individu pelajar adalah penting bagi memastikan pelajar berkeperluan khas dapat berkembang mengikut potensi masing-masing. Humanisme melihat manusia sebagai mahluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang tidak serupa dengan haiwan. Humanisme percaya bahawa individu ( manusia) harus dilihat sebagai satu entiti. Kajian tentang individu hendaklah dibuat secara menyeluruh. Gagne dan berliner ( 1991) menyenaraikan lima objektif asas pendidikan daripada pandangan humanisme:

  • Memupuk pembelajaraan arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain.
  • Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaraan dan perkara yang dipelajari.
  • Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah.
  • Mengcungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan.
  • Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi

Menurut gagne dan berliner (1991), prinsip-prinsip pendekatan humanisme merangkumi:

  • Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari oleh mereka dan perkara yang ingin diketahui oleh mereka.
  • Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak pengetahuan.
  • Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih bermakna, namun pelajar perlu dapat mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan.
  • Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaraan yang tidak mengancam  seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta anyaman.

Dalam konteks pelajar berkeperluan khas disleksia, harus sediakan persekitaran pembelajaraan yang menyerupai persekitaran  pembelajaraan normal ( least restrictive environment). Seterusnya, kenalpasti keupayaan pelajar dan sediakan rancangan pendidikan individu. Gunakan pendekatan multi sensory seperti mendengar, melihat, membuat berbincang dan mesra.

PENDEKATAN MULTI SENSORI.

Kajian menunjukkan pendekatan Multi Sensory merupakan pendekatan yang paling sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia. Pendekatan ini mengabungkan beberapa deria. Diantaranya ialah:

  • Auditori
  • Visual
  • Oral
  • Kinestetik

Bagi menjalankan kaedah pengajaran ini, gabungan kesemua deria dijalankan serentak. Penggunaan huruf-huruf yang dibuat daripada kayu di mana pelajar boleh:

  • Mendengar guru menyebut bunyi daripada huruf-huruf.
  • Melihat huruf-huruf tersebut.
  • Menyebut kembali huruf-huruf tersebut dan menekap huruf-huruf tersebut menggunakan jari.

Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan pasir ataupun garam dengan menggunakan dulang sebagai wadahnya. Pelajar tersebut boleh:

  • Mendengar bunyi huruf yang disebut oleh guru.
  • Melihat huruf yang ditulis oleh guru di atas papan hitam.
  • Mengulang kembali huruf yang disebut oleh guru dan menulis kembalihuruf tersebut di atas pasir.

BIBLIOGRAFI

- SUPPIAH NICHIAPPAN, RAMLAH JANTAN, ABDUL AZIZ ABDUL SHUKOR, PSIKOLOGI PENDIDIKAN, 2008, SELANGOR, OXFORD FAJAR.

- MOK SOON SANG, JAN 2012. PRINSIP TERAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAAN 2, PUCHONG SELANGOR, PENERBITAN MULTIMEDIA

- MOK SOON SANG, 2010, PSIKOLOGI PENDIDIKAN, PUCHONG SELANGOR, PENERBITAN MULTIMEDA.

- NORIATI A.RASHID, BOON PONG YING, SHARIFAH FAKHRIAH SYED AHMAD, 2009, MURID DAN ALAM BELAJAR, KUALA LUMPUR, OXFORD FAJAR.

- ZAINAL KASSAN & SUHAILA ABDULLAH, OGOS 2010, PENDIDIKAN DISLEKSIA, SELANGOR. PENERBITAN MULTIMEDIA.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Arkib Blog

Kalendar

Mei 2012
I S R K J S A
     
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: