Pendidikan Khas

Pengenalan Pendidikan Khas

Posted on: Mei 8, 2012

Image

Apa Dia Pendidikan Khas?

“Mereka yang mana keperluan pendidikannya adalah begitu berbeza dengan kanak-kanak biasa sehinggakan tidak mungkin mereka dapat dididik dengan berkesan tanpa mengadakan/menyediakan kemudahan program perkhidmatan, pelbagai kemudahan dan bahan-bahan yang khusus untuk mereka ”.
Gearheart, 1972

“Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa“.
Chua Tee Tee, 1981

“Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993

“Pengajaran yang bercorak individu direka untuk untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baru atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa.”
Calatta, R.A. & Tompkins J.R. “Fundamentals of Special Education”, 1999
Perakuan Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) Perakuan 169 

“Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat. Adalah diperakukan kerajaan mengambilalih tanggungjawab pendidikan khas dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah diteruskan”.

Piagam Pelanggan Kementerian Pendidikan 3 Januari 1994

Matlamat Pertama : “ Pendemokrasian Pendidikan “
Matlamat Kedua : “ Pendidikan Berkeperluan Khas “

Fundamental Shifts Kementerian Pendidikan Malaysia
F6 : Peningkatan Pendidikan Khas

SKU Kementerian Pendidikan Malaysia
Pendidikan Inklusif
Akta Pendidikan 1996 – Bab 8 Pendidikan Khas per. 40

Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat.
Selaras dengan Deklarasi Bangsa-bangsa Bersatu – Hak Asasi 1948 dan Ikrar Msyarakat Dunia mengenai Pendidikan Untuk Semua (Education For All) 1990 yang menegaskan Pendidikan Tanpa Mengira Perbezaan Pada Diri Individu.

Akta Pendidikan 1996

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 1997
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 41 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :

Image

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1. Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteks menghendaki makna yang lain -
“murid-murid dengan keperluan khas “ ertinya murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran;
“Program Pendidikan Khas” ertinya :–


Suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran;
Suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran; dan
Suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.

Image
BAHAGIAN II


PENDIDIKAN KHAS3. (1) Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas yang boleh dididik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut :
(a) Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.
(b) Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa, dan
(2) Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh didik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian Pendidikan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan.
Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.
4. Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah- suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

About these ads
Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Arkib Blog

Kalendar

Mei 2012
I S R K J S A
     
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: